Monday, 27 March 2017

Masalah Penglihatan


1.0- Definisi Penglihatan

Mata merupakan antara deria yang penting dalam menjalani hidup sehari-hari, tak kira tua dan muda. Mata merupakan deria penglihatan yang digunakan untuk mendapat dan menerima maklumat. Mata juga digunakan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu, untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor  dan untuk tujuan aktiviti sosial. Manakala masalah penglihatan ialah ketidakupayaan melihat. Menurut Heward (1996), mereka yang mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Dari segi pendidikan, masalah penglihatan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Definisi yang dikemukakan oleh The World Council For Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellen, dan penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.


             Gambar 1.0 - Contoh mata seseorang 

2.0- JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision  berdasarkan ujian visual acuity  dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Masalah tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti visual serti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempunyai ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Kanak-kanak ini hanya mempunyai 20/70 visual ketajaman, Sara Begun (2003) memberi lapan kategori untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Antara lain masalah penglihatan iaitu :

2.1 KATARAK
Sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan caha tidak dapat menembusinya. Seseorang akan mengalami buta jika keadaan ini tidak dirawat. Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah penglihatan ini ialah pesakit kencing manis, kandungan gula yang tinggi, golongan usia 60-an, kanak-kanak yang lahir dalam komplikasi dan penyakit jangkitan daripada ibu mengandung.


                                  Gambar 2.1 - Katarak Mata
               
        2.2    STRABISMUS (JULING)
         Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Lencongan mata pada salah satu atau kedua – dua mata sama ada juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Dengan itu paksi penglihatannya tidak lagi selari. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kehilangan penglihatan kekal boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. Sebab-sebab mata juling :

  •    Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui 
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. 
  • Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

         Gambar 2.2 -STRABISMUS (JULING)  

         2.3   GLUKOMA

Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Glukoma merupakan kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan Intraokular Tinggi (IOP) iaitu tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Mendapan cecair yang terdapat di dalam bebola mata akan terkumpul dan meningkatkan sel saraf optik akan termampat dan akhirnya akan rosak.

Gambar 2.3 -Glukoma


2.4    DIPLOPIA
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo iaitu ganda dan opia sebagai penglihatan.
                                 Gambar 2.4 - Diplopia

           
             2.5 -  MYOPIA (RABUN JAUH)
Keadaan dimana ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas dan hanya boleh melihat pada jarak dekat sahaja. Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

                Gambar 2.5 -Myopia 

2.6   HYPEROPIA (RABUN DEKAT)
Pada peringkat kanak-kanak, satu keadaan di mana bola mata lebih pendek daripada biasa. Pada peringkat tang lebih tua yakni 40 tahun ke atas, kanta mata akan hilang kekenyalannya.

               Gambar 2.6- Hyperopia

2.7 AGE RELATED MASCULAR DEGENERATION (AMD)
           Makular merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan sebagai pusat penglihatan untuk membaca atau memandu semakin merosot. AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan (Mason 2001). Ia terbahagi kepada dua iaitu Degenerasi Makular Kering dan Degenerasi Makular Basah. AMD kering disebabkan penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular. AMD basah pula ialah saluran darah di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair sehingga menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensiti pada cahaya dan mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

                          Gambar 2.7- AMD

3.0     PENUTUP

Pendidikan Khas di Malaysia akhir-akhir ini pesat membangun bukan sahaja dari aspek bertambahnya bilangan pelajar tetapi juga dari aspek prasarana yang lain seperti pertambahan bilangan sekolah dan kelas, peningkatan bilangan dan kualiti guru, serta peningkatan mutu pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas.Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki menyediakan kelas pendidikan khas jika adanya permintaan dari masyarakat. Akta yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Hal ini menggambarkan bahawa setiap lapisan kita telah memberi perhatian kepada golongan ini.

Dalam  usaha memupuk kerjasa di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mengkin berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sedar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak berkeperluan khas sama ada dari segi masalah pembelajaran, masalah penglihatan mahupun masalah pendengaran.


             



1 comments:

SULIANA BT ABDUL KARIM said...

WAUUUUU......

Post a Comment